semalam ( sabtu ) papa bawak iskandar n mama tonton wayang kat tgv jusco bukit raja . filem ape ??? sudah tentunya filem yang ditunggu tunggu tak kira anak atau bapak TRANSFORMERS . memang best , harap harap ade lagi sambungannya part III . kalau menurut kata kata terakhir geng decepticon " megatron , bukannya hendak menghina kamu tapi baik kau cabut lari sebelum mati , memang malu tapi tentunya ada hari untuk kau membalas dendam .............. " jadi geng geng autobot bersedia untuk hari pembalasan geng geng decepticon .
Sabtu, 27 Jun 2009
demam transformers
Isnin, 22 Jun 2009
father's day 2009
balik dari tadika terus ke syeksyen13 untuk celebrate father's day . tempat yang dituju tentunya burger king , mama teringin pizza plak . ok tak pe kita tapau burger dan makan kat pizza lah . bukan ape kalau bawak anak anak riadah kat xtrem park nie kita orang leh tengok bermacam macam karenah manusia , ada yang main skate board , bmx , roller blade , futsal , rock claimbing dan kat stadium mini biasanya ada perlawanan bolasepak .
dikesempatan nie gak papa nak mengucapkan selamat hari bapa kepada semua yang menyambutnya , semoga kita bapa bapa akan menjadi bapa yang terbaik untuk isteri isteri , anak anak dan family ............. amin
report card iskandar
ahad yang lepas ada temu janji dengan tadika sri siswa . hari ibubapa untuk mengetahui sejauh mana perkembangan anak anak . ikut perancangan nak turun pukul 3 tapi hujan ... layan mata dululah . jam 5 sampai dan terus ke kelas iskandar . jumpa teacher puspa dan di beri penerangan tentang perkembangan iskandar . semuanya OK/GOOD yang pasti iskandar buat papa n mama bangga . semoga iskandar terus menunjukkan peningkatan bagi mengejar cita cita . lupa nak snap gambar resault report card iskandar plak .....
Isnin, 15 Jun 2009
esok mula sekolah
esok dah start sekolah . bermula lah kembali rutin harian papa untuk hantar iskandar tiap tiap pagi ke tadikanya . aaahhh itu esok . hari ni papa n mama nak bawak abg is n kimi pegi window shopping . yee lah dengan cuaca panas dan berjerebu sejak akhir akhir nie seeloknya berjalanlah kat shopping kompleks yee tak .
memori lost world of tambun
3 hari 2 malam kat langkawi , balik langkawi singgah plak kat ipoh . wah betul betul cuti nie . kitaorang bermalam dekat area tambun . ada satu jee hotel kat situ . tengok jam plak dah 1 pagi , pa lagi terus cek inn dan tidoooo . tidur untuk kumpul tenaga kembali bagi melayan lost world of tambun ...
Langgan:
Catatan (Atom)