* acara memotong kek
Sabtu, 30 Mei 2009
Khamis, 28 Mei 2009
selamat hari lahir 5 tahun
tanggal 18 februari 2009 genaplah 5 tahun muhammad irfan iskandar bin mohd shahril . untuk lebih bermakna papa n mama bersetuju untuk irfan sambut bersama kawan kawan di tadika sri siswi sebelum sambut dengan family kat kampung bukit kapar . semoga iskandar panjang umur , jadi anak yang bijak dan dapat membanggakan keluarga ...........
Rabu, 27 Mei 2009
yamaha rxz
waktu catatan ini aku tak tahu atau mungkin jodoh dengan motor kesayanganku sudah sampai penghujungnya . setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirnya . ingat lagi sewaktu emak memberitahu bahawa abah akan membelikan aku motosikal . bagi aku ia adalah sebagai hadiah diatas kecemerlangan ku dalam peperiksaan spm ( pangkat satu 20A ) . dan ini mungkin pengakhiranya yang mana aku tak lagi mampu untuk menjaganya , namun percayalah segala kenangan akan terus terpahat dalam ingatan ............................
Selasa, 26 Mei 2009
assalamualaikum ...
pertamanya aku panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerna dengan izinya lahirlah blog nie . lama dah inginkan blog sendiri , tapi ntah kenape hari nie terbuka hati dan rajinkan diri . semoga satu hari nanti catatan dalam blog ini akan menjadi satu daripada hasil kerja aku yang dapat membanggakan hati hati orang yang aku sayang . sekali lagi buat insan insan yang aku sayang terimalah , sebelum aku pergi ................................. wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)