Selasa, 16 November 2010
selamat datang petrosains
7 november 2010 ... awal pagi kami empat beranak sudah bersiap untuk satu pengembaraan . satu pengembaraan yang sangat jauh hehehe ... untuk tidak menghampakan iskandar yang teringin untuk merasai naik keretapi , nah ini lah masa yang sangat sesuai untuk mencubanya .
parking kereta di hentian komuter klang dan tuju terus ke kl sentral . di kl sentral tukar ke perkhidmatan lrt ke klcc . perjalanan yang cukup indah dan tambah satu pengalaman baru dalam diri . seronok dapat juga bersama melihat 1001 ragam manusia .
bila di amati , ia sebenarnya satu situasi yang cukup bermakna buat kami . kerna dapat menghabiskan satu hari bersama sama . satu hari yang telah di takdirkan untuk papa mama iskandar n kimi bersatu ....
Jumaat, 12 November 2010
berdua bersama kekasih
petang isnin .... sudah janji sama mama untuk bawa tengok wayang dan dinner di flaming steamboat bandar sunway . hanya berdua . aku dan kamu .
singgah di sunway piramid cinema dan tonton cuti cuti cinta . habis tonton terus ke flaming steamboat untuk menjamu selera . ada kalanya kita perlu berdua sahaja untuk mengigat kembali memori memori waktu muda muda dulu ....
tadika sri siswa : convocation 2010
31 oktober 2010 akan menjadi sejarah buat keluarga . seerang anak yang telah membanggakan keluarga . sejuk perut mama dia n sejuk perut papa dia . muhammad irfan iskandar telah di tabalkan sebagai student of the year 2010 .
petang tu cukup indah . tepat jam 3 papa n mama sampai . dan tepat jam 3.30 ptg acara bermula . papa n mama betul betul teruja dengan bila mana dapat melihat iskandar beraksi di pentas . boria , kata kata aluan dalam bahasa tamil , lakonan drama dan menari .
moga dua tahun di tadika sri siswa meninggalkan banyak kenangan dan peroleh segunung ilmu buat bekalan iskandar ke sekolah rendah .
*Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tumpuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya.
*Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita
*Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu
*Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya
Langgan:
Catatan (Atom)