Sabtu, 30 Januari 2010

adnan sempit




malam minggu keluar dengan kekasih hati untuk tengok tayangan larut malam . dengan peromosi yang meluas dari akhbar dan media cetak telah membawa kami menonton adnan sempit . kira ok lah . 4/5 bintang papa berikan untuk ahmad idham bagi filem lawak yang cuba disampaikan . semoga filemmelayu akan terus maju setanding dengan filem filem luar .....

malam sabtu minggu ketiga






minggu j kad jaya jusco bukit raja , sampai saje terus tuju untuk makan malam . lepas tu bawa anak anak ronda ronda  shopping kompleks tengok tengok tinggalan hari j kad yang 2 hari sudah berlalu . potongan harga masih ada . yang masih mengambil kesempatan atas diskaun yang di beri tentunya ..... mama . sempat beli baju baju  anak anak .

Rabu, 20 Januari 2010

tuan guru dato harun din





alhamdulillah ... papa telah berkesempatan untuk sama sama penduduk kampung bukit kapar mendegar kuliah magrib yang di sampaikan oleh tuan guru dato harun din di masjid al taqwa bukit kapar . ramai jemaah dari pelusuk kampung dan kariah luar yang telah sama sama hadir memenuhi ruang masjid .


dalam kuliahnya tuan guru sentiasa mengingatkan agar jemaah jemaah sentiasa bersedia menghadapi mati . bekalan bekalan yang perlu di bawa sebelum mati adalah inti pati kuliah malam itu . perlu ada keseimbangan bagi mengejar kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahu pun di akhirat .

tuan guru juga ada menyentuh isu penggunaan nama ALLAH oleh pihak pihak yang tidak sepatutnya yang cuba mahu sama sama menggunakan nama tuhan bagi seluruh umat islam . dengan keterbatasan masa dan sesekali mengikuti kuliah magrib seperti ini , papa merasakan diri ini amat kerdil dan menginsafkan ...........

Sabtu, 9 Januari 2010

malam sabtu minggu kedua
















hubungi adik yang telah agak lama ajak main bowling  . setelah janji diikrar dan solat magrib di laksanakan papa n family terus menuju untuk makan malam di tesco food court setia alam . tepat jam 930 malam sampai di ole ole shah alam dan mula main bowling . jam 11 malam baru abis main dan cadang untuk lepak lepak kat i city seksyen 7 . tapi sayang jalan masuk dihalang oleh sekumpulan guard yang mengatakan i city hanya dibuka sehingga jam 10 malam jee . kesian anak anak yang teringin nak tengok lampu lampu cantik yang terdapat kat i city . tapi tak pe kita ronda ronda lain masa .....................


selamat hari lahir adam haris




nie lah adam haris birthday boy









selamat hari lahir buat anak buah papa , sepupu anak anak papa lah tu . adam haris genap satu tahun pada 5 januari 2010 . family terdekat semua dijemput untuk makan malam di restoran bonda batu lapan . hadiah istimewa telah disediakan untuk adam haris dan harap adam suka . semoga membesar menjadi manusia yang berguna dan membanggakan keluarga .......


hujung minggu






















untuk hujung minggu pertama tahun baru nie walaupun penat semalam mandi manda di pd tak hilang lagi , mama ajak berkaraoke kat klang parade . singgah giant beli jajan n mcd untuk santapan kat dalam nanti . masa berlalu agak pantas dirasakan walaupun book untuk 2 jam . mau pecah gak lah anak tekak nie layan macam macam lagu . sebelum balik anak anak ajak main playground yang ktv sediakan dan pas tu mama ajak shopping kat parkson ......