Jumaat, 19 Februari 2010

don's canopy dinner



satu jamuan makan malam dan ramah mesra ahli ahli keluarga krew krew don's canopy telah diadakan di tunjang bistro kuala selangor . majlis dimulakan dengan ucapan alu aluan daripada en. fadzli dan seterusnya dari ketua pengarah syarikat en. saadon . dalam ucapanya , bos mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew krew yang sama sama berganding bahu untuk memajukan syarikat . objektif utama majlis diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara krew krew seterusnya dapat saling mengenal antara ahli ahli keluarga masing masing . selain jamuan makan malam majlis juga diserikan lagi dengan acara berkaraoke .

don's canopy adalah salah satu cabang bagi papa memenuhi masa terluang papa . biasanya papa akan membantu bagi penyediaan sistem audio dalam sesuatu majlis . tak kiralah majlis kenduri kahwin ataupun ceramah .

selamat hari lahir irfan iskandar




tanggal 18.02.2010 genap umur iskandar 6 tahun . kerana kesibukkan , tahun nie papa n mama tak dapat buat seperti tahun tahun yang sudah . apapun papa n mama ada kejutan buat iskandar ...................

petang tu papa balik keje terus bawak iskandar jalan jalan sementara mama lak ambik best friends iskandar atiq n iwan . sementara papa bawak pusing pusing iskandar , mama siapkan jamuan n kek harijadi . setelah isyarat diberikan papa n iskandar pun balik lah umah .

tanpa disangka sangka oleh iskandar apabila membuka pintu ........................... surprise !!!!!!!!!!!!!!!!!!! selamat hari jadi , selamat hari jadi , selamat hari jadi iskandar , selamat hari jadi ..................................

semoga iskandar sihat selalu , belajar rajin rajin , jangan nakal , dan dapat membanggakan keluarga .....





Selasa, 16 Februari 2010

i city selangor




akhirnya sampai jugak di i city syeksyen 7 shah alam setelah cubaan pertama dulu gagal . bukan gagal apa , gagal untuk masuk kerana taman tutup jam 11 malam . untuk kali ini papa bawak sebelum kita makan malam . yang seronok tentunya anak anak papa . rasanya pertama kali kitaorang dapat berada dalam taman yang sebegini rupa . taman yang penuh dengan pokok pokok hiasan berwarna warni dari sinaran lampu neon . jadi biarlah gambar gambar yang bercerita ...................





Sabtu, 6 Februari 2010

uptown shah alam











sabtu minggu keempat . janji dengan adik n family adik untuk main bowling kat ole ole shah alam lagi . lepas penat main , ramai ramai makan kat kfc seksyen 18 . makan dengan anak anak kecil paham paham jee lah RIUH .

lepas makan adik ajak pegi uptown seksyen 24. tengok jam baru jam 11 pm . malam masih muda jadi layan ...............................................................