Isnin, 24 Mei 2010
ulang tahun perkahwinan 2010
7 tahun sudah berlalu rupanya . cukup banyak dugaan dan rintangan yang papa tempuhi untuk sampai ke hari yang berbahagia ini . tanpa mama tak mungkin papa akan berjaya ketahap ini .... susah senang bersama sama . yang pasti anak anak lah pengikat kasih kita . semoga tuhan merestui apa yang telah kita lalui dan yang akan kita lalui . buat mama ... percayalah cintaku sayangku dan rinduku sampai hujung nyawaku ...
happy birthday to me ...
blog sendiri jadinya kenelah wish sendiri ..... malam ulang tahun ke 31 sambut di kampung bukit kapar . janji ngan adik adik untuk bbq . dari sejak sesudah subuh lagi keluar mencari ikan dan kerang untuk dijadikan menu utama santapan malam nie .
acara bermula jam 9 hingga menjelang 1 pagi . seronok gak buat aktiviti bakar membakar nie . sambil bakar sambil makan sambilminum sambil borak hehehehehehe ...
" ya Allah , berilah aku petunjuk seperti orang orang yang telah engkau beri petunjuk , berilah aku kesihatan seperti orang orang yang telah engkau berikan kesihatan . jadikan aku sebagai kekasihmu seperti orang orang yang engkau jadikan kekasih . berikanlah aku berkat melalui semua yang engkau kurniakan .lindungilah aku dari kejahatan segala yang engkau telah takdirkan .
sesungguhnya engkaulah yang menentukan , dan tidak akan di tentukan keatasmu . sesungguhnya takkan hina orang yang engkau sayangi dan takkan mulia orang yang engkau musuhi . ya Allah engkau yang maha mulia lagi maha tinggi " ......
jalan jalan cari makan
aktiviti mingguan iaitu makan makan walau dimana anda berada . hehehehe . bawak anak anak jalan jalan dan makan makan ....
Selasa, 11 Mei 2010
selamat hari ibu 2010
pada malam sedang rehat rehat akibat kepenatan seharian di sukaneka tadika iskandar , mama mintak izin untuk keluar ngan emak . ke kedai katanya . peluang ini papa gunakan untuk membuat kejutan buat mama . papa keluar ngan kimi ke kedai kek . sementara menunggu mama pulang , papa dah plan untuk membuat kejutan bila mama pulang .
kejutan kecil saje untuk mama . apa pun seronok tengok mama happy . buat mama selamat hari ibu dan terima kasih kerana menjadi ibu buat anak anak papa . tak lupa jugak ucapan ditujukan buat emak kat kampung , selamat hari ibu buat emak rahimah binti shufaat dan mak mertua kamariah binti mat sidi .
juga selamat hari ibu buat semua ibu di dunia ini . ibu kau melengkapkan kehidupan semua hidupan dimuka bumi ini .
Ahad, 9 Mei 2010
tadika sri siswa : sukaneka 2010
seperti tahun yang lepas , sukaneka kali ini masih mengekalkan vanue yang sama di padang permainan taman bayu meru . seawal 7.30 pagi lagi papa telah menghantar iskandar ke tadika .
tahun ini iskandar punya tugas yang besar dalam menjayakan sukan tahunan tadikanya iaitu membawa panji panji tadika sri siswa seterusnya diberi kepercayaan untuk mengetuai membaca ikrar .
papa n mama juga tak ketinggalan untuk sama sama memeriahkan sukan tahunan ini dengan turut serta dalam acara sukan untuk keluarga .
sukaneka rakyat @taman desa indah
telah diadakan satu sukaneka rakyat di taman permainan taman desa indah yang mana khusus untuk permainan orang orang lama . hujan lebat di hujung acara tidak mematahkan semangat hadirin untuk terus menjayakan sukaneka ini . dengan hadiah hadiah yang cukup menarik ia memberi semangat pada yang mengikuti acara acara yang dipertandingkan .
Ahad, 2 Mei 2010
playstation2
rezeki kali ini hanya sampai separuh akhir jeee. papa kalah tapi dengan penuh rasa kepuasan . tak pe papa akan pertingkatkan latihan untuk merampas kembali kedudukan teratas . kejuaraan real madrid untuk kali ini terpaksa diserahkan kepada chelsea setelah dua bulan berturut turut real madrid mengekalkan prestasi terbaiknya .
Langgan:
Catatan (Atom)