Ahad, 18 Julai 2010

bersama kekasih hati











hari jumaat , dah rancang dengan kekasih untuk sama sama pegi tengok wayang . cerita cerita yang sedang ditayangkan adalah diluar minat dan kegemaran citarasa kami . setelah dihitung dan di bincang kami bersetuju untuk sama sama menonton karate kid 2010 .

sebelum menonton seeloknya untuk pergi ke sesi mengisi perut dulu . ha tempat yang dituju kali ini ... kenny rogers roaster bukit raja . sesekali menghabiskan masa berdua , mengimbau kembali saat saat bersama sewaktu muda muda dulu .... love u

Khamis, 15 Julai 2010

hujung minggu kedua














demam bola world cup 2010 dah menutup tirainya , sejak suku akhir lagi debaran dah terasa hilang dah , memandangkan pasukan brazil kalah . apapun tahniah buat pasukan sepanyol juara baru piala dunia 2010 .

hujung minggu papa bawak family gi jusco bukit raja and jalan jalan cari makan lah . keluar rumah tepat jam 8 malam . kenapa jusco bukit raja ??? ah ha ... nak beli kasut mama , buat melaram hari raya yang akan tiba . yee lah tuuuu puasa pun tak lagi ... hehehehe

Khamis, 8 Julai 2010

i city edisi world cup














































bersempena dengan demam world cup 2010 , pihak i city telah menyediakan satu skrin besar untuk tontonan peminat peminat bola sepak . untuk turut sama meraikannya papa bawak mama n anak anak untuk menonton sambil jalan jalan . pada malam tu pasukan argentina akan menentang german . ramai peminat peminat yang membanjiri i city mujur papa datang awal, senanglah dapat parking .

banyak hiasan hiasan di i city yang bertambah kalau nak dibandingkan dengan kehadiran kita yang sudah .pada malam tu kesudahan perlawanan world cup berpihak kepada pasukan german dengan membelasah argentina 4-0 .

report card iskandar





minggu sain report kad buat semua mak bapak yang anaknya sudah bersekolah . sama gak kes nya dengan anak papa sorang nie . yang best nya tadika sri siswa buat perjumpaan hari sabtu , jadi tak perlulah papa n mama ambik cuti .

jumpa teacher kelas iskandar 6 tekun , miss sanlly di tingkat atas . bercerita tentang perkembangan iskandar dan keputusan penilaian pertengahan tahun . turut serta teacher linda n principal madam maliga . yang pasti papa n  mama bangga kerana iskandar sekarang ini  adalah pada tahap cemerlang dan semua teacher berharap iskandar dapat meneruskan usaha untuk terus meningkat maju .

dek kerana seronok sampai lupa papa nak snap gambar gambar . yang ada dua keping je nie ha . lupa nak snap kelas , tempat iskandar , susun atur bilik darjah , teacher teacher n jamuan yang disediakan . apapun tadika sri siswa memang best ...... berbaloi baloi