Selasa, 19 Julai 2011

jalan jalan hujung minggu

minggu pertama jalan jalan cari makan .. minggu kedua jalan jalan cari pasal .. bersama sama robot robot baik bagi menyelamatkan dunia dari anasir robot robot jahat .. hahahaha

tak sangka kat kuala selangor ada satu pusat untuk berhibur untuk seisi keluarga . satu bangunan yg lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk berhibur .. ground floor bagi tempat untuk makan makan dan panggung wayang . dan tingkat tingkat seterus nye ada snuker ,bowling , karaoke dll . kuala selangor makin maju . 









selamat bertunang

kerana rumah kami berdekatan dengan rumah bakal isteri sepupu kami jadi teratak kami di jadikan tempat untuk berkumpul . mama plak meng offer kan diri nye untuk menjadi ketua penggubah hantaran majlis pertunangan tersebut . dan hasil nye WOW !! tak sangka ade bakat terpendam gak isteri papa nie .. hehehe 

pagi ahad jam 11 kami telah bertolak dari meru ke paya jaras .perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit . alhamdulillah semua berjalan dengan jaya nye ...











Jumaat, 15 Julai 2011

bersama lakar sejarah


9JULAI NUKILAN BERSIH 

Ibuku...
Halalkan setiap titis susumu..
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku..
Halalkan setiap suapan ke mulutku..
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku

Ayah...
Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku..
Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku..
Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku..

Isteriku...
Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita..
Kaulah permata dalam hidupku..
Kaulah penyeri didalam alamku..
Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami...
Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku..

Anak-anakku..
Maafkan papa.. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku..
Maafkan papa.. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan..
Maafkan papa.. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil..

Pemergianku adalah mungkin yang terakhir...
Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti..
Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit..
Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih..
Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan..
Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat!
Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing!
Adakah aku gentar?
Adakah kalian gentar?
Adakah ini penghenti perjuangan?
Tidakk!!

Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali!
Mereka menyangka mereka berkuasa!
Mereka menyangka mereka ada segala-galanya!
Mereka boleh memenjarakan jasadku
Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku..
Kerana jiwaku ini milik Allah!
Hidupku ini milik Allah!

Bukan seperti mereka yang merasakan..
hidup mereka milik pemerintah!
Nyawa mereka milik pemerintah!
Jasad mereka milik pemerintah!
Setiap hela nafas mereka milik pemerintah!

Duhai sahabat-sahabat kesayanganku...
Aku akan pergi..
Aku akan berkelana..
Aku akan bermusafir..
Pada 9 Julai ...
Menuju ke suatu arah yang pasti...
Disana..
Akan menyaksikan.. suatu peristiwa yang akan dikenang..
Oleh beratus generasi yang akan datang...
Jangan sampai ianya akan dikenang
sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara..
jangan sampai ianya dikenang
sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara..
kerana..
9 Julai akan menjadi bukti..
Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut!
Jauh sekali dayus dan penakut!
berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim!

Ayuh!
Mari korbankan nyawa dan jasad!
Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan!