Rabu, 31 Ogos 2011

selamat hari raya aidilfitri 2011

selamat hari raya aidilfitri buat semua teman teman yang selalu singgah kat blog nie . maaf zahir dan batin andai segala nukilan yang tercatit dalam blog nie menyinggung perasaan kalian ..

1 syawal 2011

pagi syawal berkumpul di rumah wak idrus seterusnya baraan ke rumah saudara saudara yang lebih tua sekitar meru dan bukit kapar ..












Rabu, 24 Ogos 2011

berhati hati di jalan raya

terima kasih buat kawan2 yg selalu singgah blog nie. ni ha ada sikit info lokasi speed trap. tentu ramai yg akan balik kampung kan ... hihihi

Plus North Highway (From KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km
204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum
exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh
Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh
Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit
Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit
Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim
River
9- Km 241.9 berdekatan exit
Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit
Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit
selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di
R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan
pulau pinang (so slow je la kat
situ)
Plus South Highway:
1- Km 289 sebelum exit Nilai
Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 -
Km 249 (Persimpangan Seremban
- Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor
Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas
hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan
pertama selepas exit Yong Peng
utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
Plus Center:
1- Km 456 selepas exit Sungai
Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran
Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit
Kajang
5- Km 296.5 & Km 297
berdekatan exit Bangi
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan
Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol
Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel
keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
Jaga-jaga
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan
berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran
jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak
Selatan
3- Berhadapan dengan Istana
Negara
4- Berhadapan dengan Muzium
Negara
5- Kawasan turun bukit selepas
pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran
(Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah
Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong
(Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan
(Turun bukit selepas Matrikulasi
Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini
Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo
Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting
ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti,
Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis
menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70
km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah
MB Selangor kat Pasir Panjang
(70km/j)
17- 2 km selepas sempadan
Perak-Selangor di Jalan Sabak
Bernam (berdekatan kilang kelapa
sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM
ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway
berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman
Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro
Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara
batu cave ke Bandar baru selayang
Berhati2 ketika memandu.. :-)

Rabu, 17 Ogos 2011

tazkirah ramadhan



Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal.
Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal.

Kalau malas solat sunat 20 rakaat, boleh solat sunat 8 rakaat. Kalau malas solat sunat, boleh buka dan baca alQuran.

Kalau malas buka alQuran, boleh baca ayat alQuran yang telah dihafal.
Kalau malas baca alQuran, boleh istighfar (minta ampun) ucapkan astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah ..

Kalau malas istighfar, boleh zikir baca sebut .. la ila ha il lallah .. la ila ha il lallah .. la ila ha il lallah ..
Kalau malas zikir sebut, tak payah sebut, baca dalam hati.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah..

Kalau malas zikir panjang dalam hati.. la ila ha il lallah.. pendekkan sedikit, zikir dalam hati.. ALLAH, ALLAH, ALLAH ..

Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal.
Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal ..

Isnin, 8 Ogos 2011

selamat hari lahir dinde ..

selamat hari lahir isteri ku .. moga panjang umur n sihat selalu. moga terus jadi isteri yang terrbaik buat papa n mama yang terrbaik buat anak anak . tahun nie birthday jatuh bersama hari puasa so surpriseeee ...

ok dah nak sampai nie .. tutup mata yek . nanti kalau dah sampai boleh lah bukak mata hihihi . papa dah book untuk kite berdua berbuka bersama sama kat hotel grand bluewave shah alam . kite berdua saje !!!














marhaban ya ramadhan

marhaban ya ramadhan

selamat datang bulan ramadhan , bulan yang di nanti nanti setiap tahun kerana bulan ramadhan adalah sebaik baik bulan untuk kite semua bermuat amal kebajikkan . selamat berpuasa buat teman teman , isteri n anak anak juga semua yang mengunjungi blog nie ..


Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama


Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.











2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.





3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.





4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.





5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.





6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.





7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.





8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.





9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.





10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.





11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.





12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.





13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.





14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.





15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.





16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.





17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.





18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).





19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.





20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.





21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.





22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.





23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.





24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.





25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.





26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.





27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.





28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.





29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.





30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.