Isnin, 31 Ogos 2009

masjid meru @ forum kemerdekaan




sempena hari kemerdekaan negara yang ke 52 pihak masjid as sharif pekan meru telah mengadakan satu forum bertajuk merdeka di dunia dan merdeka di akhirat . forum berlangsung selepas solat terawih dan ia telah dipengerusikan oleh ustaz farid dan ahli ahli panel terdiri daripada yb dr abd rani , ustaz ghazali umar dan ustaz dasuki abd rani . forum banyak mengupas tentang tafsiran sebenar erti kemerdekaan menurut ajaran islam yang sejati .....

merdeka !!!







selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 52 anak anakku . semoga satu hari nanti kalian akan mengerti erti kemerdekaan sebenar , merdeka diri , merdeka negara , merdeka agama , merdeka bangsa ...

Ahad, 30 Ogos 2009

transformasi ...



* aset terbaru




apakah transformasi yang mama akan lakukan untuk raya tahun nie . maklumlah tahun lepas mama bersalin kan kimi .....

tak de aktiviti





* anak buah yang baru

* baby boy








dengan wabak h1n1 yang akan masuk gelombang ke 2 , tak banyak aktiviti family yang dapat dijalankan . hanya memantau perkembangan anak anak dan perkembangan pelajaran iskandar. tak pun balik kampung bukit kapar atau pergi rumah adik jalan belimbing tengok anak buah baru . semoga wabak h1n1 ini akan cepat reda ...

Jumaat, 21 Ogos 2009

forum menjelang ramadhan
















satu forum bicara ambang ramadhan telah diadakan oleh pihak persatuan taman desa indah bertempat di jalan meranti bunga 3 . 2 orang ahli panel telah di datangkan khas oleh pihak penganjur dan moderator pada malam itu adalah ustaz hamdan . ramai yang hadir mendengar forum bagi mempersiapkan diri menanti seterusnya mengerjakan rukun islam yang ke 3 tidak lama lagi . semoga diperbanyakkan program sebegini oleh pihak persatuan tdi kerana ianya juga menjadi pendorong kepada keakraban penduduk penduduk khususnya di taman desa indah ...

Jumaat, 14 Ogos 2009

wabak H1N1







ketika catatan ini ditulis , media melaporkan seramai 56 orang telah menjadi mangsa . jadi banyak aktiviti aktiviti luar bersama family terpaksa papa hadkan . yelah mencegah lebih baik dari mengubati . semoga bala yang datang ini akan ada penamatnya ...

Rabu, 5 Ogos 2009

majlis pelancaran

























pada 2 ogos 2009 pihak persatuan taman desa indah telah mengadakan satu majlis pelancaran skim rondaan sukarela kawasan rukun tetangga bagi taman desa indah . banyak acara yang telah disusun bagi memeriahkan majlis antaranya ceramah pencegahan jenayah , pameran polis trafik , pameran kenderaan polis , rakan cop , demo unit anjing pengesan dan silat gayong . semoga dengan pelancaran rondaan malam akan membantu pihak polis dalam menangani masalah jenayah yang semakin menjadi jadi akhir akhir ini khususnya penduduk yang tinggal di taman desa indah agar dapat tinggal dengan aman , makmur dan tenteram ...