pada 2 ogos 2009 pihak persatuan taman desa indah telah mengadakan satu majlis pelancaran skim rondaan sukarela kawasan rukun tetangga bagi taman desa indah . banyak acara yang telah disusun bagi memeriahkan majlis antaranya ceramah pencegahan jenayah , pameran polis trafik , pameran kenderaan polis , rakan cop , demo unit anjing pengesan dan silat gayong . semoga dengan pelancaran rondaan malam akan membantu pihak polis dalam menangani masalah jenayah yang semakin menjadi jadi akhir akhir ini khususnya penduduk yang tinggal di taman desa indah agar dapat tinggal dengan aman , makmur dan tenteram ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan