Sabtu, 11 September 2010
selamat hari raya aidilfitri 2010
Kehadiran Aidilfitri sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia.
Indah Langit kerana Awan
Indah Laut kerana kebiruannya
Indah Aidiladha kerana pengorbanan
Indah AidilFitri kerana kemaafan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
dari arel alfayed sekeluarga ...
Dalam bemesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jualah yang dipinta.. Selamat Hari Raya ...
Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms fb dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin ...
Ketupat dan rendang juadah raya, mari dimakan bersama Keluarga, Ampun dan Maaf pohon bersama, agar bahagia sepanjang masa ...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan