Selasa, 6 Disember 2011

sepetang di kuala selangor

akhirnya dapat jugak singgah di bukit malawati kuala selangor . agak lama papa nak bawak family singgah tempat bersejarah nie tapi asyik terlepas je . nah cuti sekolah nie mungkin masa yang sesuai untuk kita satu family beriadah sambil menambah ilmu tentang sejarah .

jam 3 sampai . pelawat agak ramai . beratur beli tiket untuk naik train khas ke puncak bukit malawati kerana pada hari sabtu dan ahad jalan ke puncak bukit malawati ditutup kepada kenderaan awam . rm 3 untuk dewasa dan rm 1 untuk kanak kanak . sepanjang perjalanan ke puncak iaitu dari tempat menunggu train hingga ke puncak kami tak putus putus di sajikan oleh karenah monyet monyet . mungkin kerana dah biasa dengan manusia monyet2 nampak jinak .

petang tu cuaca amat amat baik menambaah lagi ceria nya kami sekeluarga beriadah ..

































sabtu di ice skating sunway

awal awal pagi lagi dah keluar rumah . tiada jogging tapi terus ke sunway piramid. singgah sarapan dulu sebelum ronda ronda . setengah hari gak lah kat sunway piramid . lepas solat n makan terus balik bukit kapar ...


















Rabu, 30 November 2011

tahniah dan syabas

tahniah buat muhammad irfan iskandar di atas pencapaian yang memberangsangkan dalam menempuhi sepanjang satu tahun dalam pembelajaran . papa mama n kimi sangat bangga dan mengharap agar kejayaan demi kejayaan di raih dalam iskandar mengejar cita cita ..

dua majlis telah papa n mama hadiri bagi menemani iskandar mengambil hadiah atas penganugerahan yang di berikan kepada iskandar dari pihak sekolah sesi pagi dan sesi petang ..