akhirnya dapat jugak singgah di bukit malawati kuala selangor . agak lama papa nak bawak family singgah tempat bersejarah nie tapi asyik terlepas je . nah cuti sekolah nie mungkin masa yang sesuai untuk kita satu family beriadah sambil menambah ilmu tentang sejarah .
jam 3 sampai . pelawat agak ramai . beratur beli tiket untuk naik train khas ke puncak bukit malawati kerana pada hari sabtu dan ahad jalan ke puncak bukit malawati ditutup kepada kenderaan awam . rm 3 untuk dewasa dan rm 1 untuk kanak kanak . sepanjang perjalanan ke puncak iaitu dari tempat menunggu train hingga ke puncak kami tak putus putus di sajikan oleh karenah monyet monyet . mungkin kerana dah biasa dengan manusia monyet2 nampak jinak .
petang tu cuaca amat amat baik menambaah lagi ceria nya kami sekeluarga beriadah ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan