Sabtu, 26 Jun 2010

world cup ( portugal vs brazil )






























 

sempena perlawanan world cup antara portugal menentang brazil , telah diadakan satu acara menonton beramai ramai di kediaman en. saadon di kampung tok muda . satu skrin besar disediakan bagi keselesaan penonton penonton yang seawal jam 8 malam sudah mula hadir memeriahkan keadaan .

antara acara yang sempat dijalankan adalah cabutan bertuah dan pertandingan permainan ps2 versi world cup . en. saadon dan tokketua kampung tokmuda telah berbesar hati untuk menyampaikan hadiah pertandingan ps2 dan juga hadiah cabutan bertuah .

di akhir acara hadirin berharap agar acara sebegini dapat diadakan lagi bagi menyeronokkan lagi suasana demam piala dunia yang sedang berlangsung .

Selasa, 22 Jun 2010

bowling amal perpaduan














hujung minggu , papa telah mendapat jemputan untuk menyertai pertandingan bowling amal perpaduan yang di anjurkan oleh persatuan penduduk taman desa indah . untuk kali ini pertandingan telah dijalankan di pyramid mega lanes , sunway pyramid . mama plak tak dapat bersama kerna bertembung dengan satu lagi pertandingan bowling anjuran tempat kerjanya di ampang bowls klang parade .

selepas papa habis main , papa janji untuk jemput mama pulang tapi sempat singgah cuci kete kat rm 2 . tapi kali nie bukan lagi rm 2 kerana harga telah di naikkan kepada rm 3 huhuhuhuhu ... apapun cukup cukup berbaloi kalau nak di bandingkan dengan tahap kemalasan cuci kete guna kudrat sendiri dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang nie .

rambut baru

















selepas joging dan selepas mengemas rumah papa n mama plan untuk kita beriadah kat bandar klang plak.tapi sebelum tu kita singgah potong rambut abg iskandar dulu , yee tak . asyik potongan ala ala komander jee . apa kata kita buat sesuatu yang luar biasa .... hahahahaha

mari berjoging



































selepas subuh bersiap bersama mama n anak anak untuk berjoging . tempat yang dituju adalah taman rekriasi setia alam . memang ramai yang berjoging kat sana . tempat pun ok . yee lah cuti cuti nie kalau asyik dipenuhi dengan tidooooor jee pun tak bagus untuk kesihatan kan .....

Isnin, 21 Jun 2010

expo teluk kemang















sebelum balik singgah jap di expo teluk kemang . banyak jualan jualan dari pakaian , perhiasan , makanan dll . berjalan dalam keadaan santai  kerana hari siang taklah ramai pengunjung . mungkin bila hari gelap ramailah pengunjung , lumrah expo .