Jumaat, 11 Jun 2010

marathon setia eco 2010






cuti umum sempena keputeraan duli yang maha mulia seri paduka baginda yang dipertuan agong , telah diisi dengan kami sekeluarga menyertai marathon setia eco 2010 . bertempat di setia alam welcome center sejak jam 6 pagi lagi peserta peserta telah memenuhi segenap penjuru ruang untuk memulakan acara . mujur pelepasan bagi ketegori family n wartawan telah ditetapkan untuk pelepasan yang terakhir .

alhamdulillah ... kami sekeluarga telah berjaya menamatkan larian sejauh 3 km dengan jayanya . papa dan iskandar menduduki tempat ke 12 sementara mama dan kimi di tempat ke 17 . jika pada penyertaan kami sewaktu larian rakyat 2009 ( tempat ke 3 ) peserta peserta kali ini benar benar menunjukkan semangat untuk menang yang begitu tinggi . walaupun hanya dalam ketegori family , peserta peserta saling bersaing antara satu sama lain untuk menang .

apa pun kami sekeluarga cukup gembira kerana dapat meluangkan masa bersama sama sambil dapat menyihatkan tubuh badan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan