Sabtu, 12 Jun 2010

mujahid malaysia









majlis ini adalah majlis ke 2 peringkat taman desa indah meru di atas kepulangan saudara abdul halim bin ridzuan ( muslimc are ) daripada misi ke gaza . majlis yang pertama adalah majlis sambutan kepulangan nya yang mana konvoi daripada tdi telah menantinya dipekan meru seterusnya membawa saudara halim berarak ke sekitar tdi .

majlis malam ini adalah lebih terarah kepada penceritaan pengalaman saudara halim ketika perjalanan diatas lautan seterusnya pengalaman ketika di serang oleh tentera yahudi laknaatullah !!! ramai hadirin yang turut serta dalam majlis malam ini , kerana ingin berkongsi pengalaman bersama sama saudara halim .

majlis dimulakan dengan solat magrib berjemaah sebelum saudara halim memulakan kisahnya . majlis ditutup dengan sesi soal jawab dan seterusnya sembahyang isya berjemaah . sedikit jamuan telah disediakan oleh pihak penganjur ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan